Wednesday, 25 February 2015

Perak 2014

Assalamualaikum.

Hi.

Lama gila aku tak update blog since lepas SPM2014.
bukan apa,internet baru ada. haha. dulu guna P1WMAX lembab gila
pastu potong line p1 guna lain lah pulak. (tu pun nak bagitau)

dah 2015 tapi aku takleh move on lagi dengan kehidupan 2014. hahaha.
yela. aku nak cerita pasal aku ngan beberapa orang kawan aku (aishah and hajar) gi perak ngan insyirah by bus dan aku rasa ni memang kerja gila. gila sangats!

Bulan 12,2014. Insyirah call aku tanya macam mana nak gi tak rumah dia.
lagipun daripada aku form 4 kot dia ajak. dah lah masa form4 tu insyirah dah datang pekan naik bas
pastu tiket bas untuk ke perak pun dah beli and tiket bas tu jugak insyirah beli untuk aku ngan aishah kononnya nak bawa gi perak la. kononnya..

tetiba mak aku tak bagi. mak aku kata bahaya blablabla. puas aku buat drama swasta tapi tak dilayan. yelakan memang bahaya. dah lah baru 16tahun nak pergi perak naik bas. (Engko ingat ko kecik besar sangat dah?! lol)
Pastu aku cancel last minute tau sbb mak aku tak bagi. gila bersalah rasa. tapi nak buat camne kalau aku pergi jugak time tu memang tak tenang hidup aku sebab takde keredhaan mak aku kan cewah!

disebabkan aku cancel pergi perak tu so aishah pun cancel gak la. takkan dia nak balik pekan nanti sensorang plak dalam bas kan. secara automatiknya tiket kitorang burn. felamaks! 1 tiket rm44.90. mahal tu! boleh beli macam-macam.
so aku kena la ganti duit tiket tu. membazir je. er memalukan betul!
ok tamat cerita form 4. lepas tu aku janji lepas spm aku gi perak sebab mak aku bagi green light!

lepas je spm insyirah call aku. sambung cerita tadi. haahaha.
dia tanya aku and aku on je. aku kata boleh je nak gi perak. tapi bulan 12 la sebab aku habis spm 25/11/2014 bagi aku enjoy duduk rumah jap. kehkehkeh
awal bulan 12 tu insyirah and family dia pergi melencong  melancong ke vietnam and thailand. (uyoooooo untungla kan)
so,aku dah deal ngan dia. lepas dia balik daripada bercuti tu nanti dia datang pekan naik bas ambik kitorang (aku,hajar and aishah) kiranya nanti pergi perak naik bas berempat la. gituuuu. rasa macam orang dah besar je. walhal masih kategori warga emas dewasa remaja kanak-kanak. Eh?!

Masa insyirah datang tu musim salji panas bunga luruh  tengkujuh baru nak start tau. aku pun sebenarnya risau gak. jalan licin,banjir plak nanti blablabla. masa tu asyik hujan je. aku risau insyirah nak datang sini sensorang naik bas dah lah hujan. bahaya sangat ni!
Insyirah call aku yang dia dah beli tiket untuk dia and aku,hajar,aishah pergi perak nanti. aku sebenarnya tergamam. rasa macam alamak awalnya beli,musim hujan ni. tapi aku cakap dalam hati jeleeee hohoho.

Nak dijadikan cerita,insyirah pun datang la pekan naik bas. ayah aishah ambik dia kat terminal sentral kuantan pastu bawak insyirah balik rumah aishah. so sepanjang kat pekan memang insyirah duduk kat rumah aishah lah. Diorang pun pergi reunion Sk Ahmad batch diorang tapi insyirah ajak aku skali. felamaks! memang tak la aku nak pergi buat muka tembok duduk situ dengar diorang borak and aku krik krik krik... tettt Aku tak gi. hahahaha sebab aku Sk Seri Biram :) hihihi

balik semula cerita nak pergi perak tu. Tiba la hari nak pergi tu,mak aku asyik risaukan kitorang nak pergi yela dah hujan lebat beberapa hari. yang magicnya,(kahkahkah) time aku nak pergi tu tak hujan. lulz. memang pagiku cerahku matahari bersinar ku gendong tas merahku di pundakkkkk. tettttt ngarut.
tapi memang cerah ah hari tu. fyi,masa aku pergi tu sebenarnya beberapa hari sebelum tu jalan pekan-kuantan tak boleh lalu sebab banjir. kat kipsas pun air dah melimpah atas jalan. so nak jalan mana? jalan ikut jalan pantai sepat ah kan! gigih gila nk prgi perak punya pasal.

pagi tu pukul 7am aku n hajar pergi rumah aishah sbeab kitorang pergi satu kereta je senang. ayah aishah hantar kat terminal. tiket bas kul 9 pagi kena bertolak awal takut jalan takleh lalu. pada hari aku nak gi tu,mak aku memang risau gila gila ah. aku pun serba salah gak la tapi aku buat gentle je. (acah-acah) gila cuak aku fikir kalau apa-apa jadi blablabla. choiii. ahhh sambung semula.


ni lah jalan pekan-kuantan masa hari sebelum kitorang pergi perak tu. takleh lalu. jalan jammed!


ktorang pun bertolak dari rumah aishah pukul 7.30 pagi. guess what?! jalan semua boleh lalu and air takde atas jalan pun. felamaks! aku teruja gak.
pastu ayah aishah bawak pergi makan kat restoran zaman kat kuantan. aku habiskan sebungkus nasi lemak weh. kahkahkah!

lepas makan,kitorang gerak ke terminal and masa otw nak ke terminal tu kan lalu kat indera mahkota so aku boleh tengok air-air banjir kat tepi jalan rumah orang tu memang ada tapi dah surut dah. Alhamdulillah :)

sampai je kat terminal,kitorang buat biasa je tunggu bas and naik bas semua ok. Dalam bas pun ok je sebab aku duduk ngan hajar so kerja kitorang tidur je ^^ tapi memang kematu la duduk dalam bas lama gila daripada pukul 9am-5.30pm. lama gila!!! hahaa padan muka nak pergi sangat kan!

ok,dah sampai perak ayah insyirah ambik bawak balik rumah dia. 5 minit je teminal perak tu ngan rumah insyirah sebab rumah insyirah kat meru hills,ipoh. omputeh sangat nama taman tu!(haha aku jakun gak time ni >< ) sampai je rumah insyirah felamaks terkezut aku tengok besar gila bapak! tapi aku buat biasa jela tahan jakun tu hahahahaa!

bermula lah hari hari ku di perak. hari first kitorang tak gi mana mana rehat jela selepas dah kematu dalam bas tu haha. esoknya pergi mall tengok wayang pakai dress weh! aku,aishah,hajar,insyirah buat kerja gila pakai dress pergi tengok wayang memang dah macam nak gi dinner kahkahkah! tapi peduli apa masa bila lagi nak rasa buat kerja gila yedok? hahah.
dah macam mak datin sorang-sorang jalan. eii memang takleh bla! haahah


ni haa kitorang masa tu pakai dress hahaha saje aku crop muka sebab lawak sangat. dah lah semua pakai dress,nak pergi tengok movie je pastu mirror selfie kat rumah insyirah pakai tab insyirah yang besar tu. mampu kau nak buat camtu haahahah

lepas tu esoknya kitorang pergi lost world of tambun! syok gila sebab memang tujuan aku kalau gi perak nak gi tambun. hahaa. berie aku n hajar nak gi lost world tambun tapi insyirah n aishah macam lek je macam nak taknak je tapi terpaksa akur dengan kehendak dua orang kanak-kanak iaitu aku n hajar yang nk gi tambun tu! weheeeee.
siap search pasal ramalan cuaca pada hari tersebut sebab nak bermandi manda haha pastu survey harga tiket. lepastu terus pergi tambun. (kitorang tak mandi pun pagi tu. gosok gigi,cuci muka,makan) kahkahkah!



ni gambar masa mula-mula sampai. sengaja aku edit muka aku biar anonymous sikit. hiks! tu aku and insyirah.

kononnya taknak buat bintang nampak cam old school sangat and very the last year gitu kan. so buat penumbuk gabungkan! ingat stylo la sangat kahkahkah wkwkwk

posing jap. hihi.


dinding ni lawa so aku posing jap acah-acah je ni sebab segan gila depan ni ramai orang tunggu turn nak berposing jugak! kacau line betulllll. haa kepada semua igers,boleh gi sini tangkap gambar smart-smart hauhiho

masa nak balik tu aku bergambar jap sorang depan entrance tu heheheks.

ada kisah sedih and sakit hati kat lwot ni. haish. tube hilang. hajar and insyirah sesat dua orang aku and aishah pulak berdua mencari mereka sambil main slide yang nak tercabut jantung pastu nasib malang menimpa kitorang memang banyak ah time ni!
dah lah aku kena marah dengan abang yang jaga slide tu haahah lantak kau lah kita dah tak jumpa pasni sebab aku balik pahang dah kahkahkah!

kitorang main dekat lwot tu daripada lepas zohor hingga maghrib. gila tak gila memang rentung aku duduk situ. tapi takpe hajat dihati sudah dipenuhi apedehal. :)

esoknya,sambung shopping kat mydin ipoh yang besar gedabak. lagi besar daripada mydin terengganu aku rasa. tapi taktau la mana lagi besar.
ceh shopping kat mydin hahah macam klakor je bunyi kan. tapi mydin tu tak lah gaya mydin sangat yang pasti lagi maju daripada kuantan parade. kehkehkeh. pergi dah petang. balik malam. sebelum tu main fun fair jap hahaha pastu pening kepala naik benda pusing-pusing tu macam orang mabuk phew tak sanggup aku nak naik benda pusing-pusing dah pasni. tobattttt



sebelum pergi mydin kitorang layan movie 3D kat rumah insyirah. macam entah apa-apa kan hahaha lantak lah jahhhh kuikuikui 


ni kat fun fair tu. sekali lagi takde aishah dalam gambar sebab dia asyik kena tangkap gambar orang. huahuahua

pastu...........dah insaf. takank gi shopping dah. nak duduk rumah je, dah lah nak balik pahang pun dah tak lepas so kitorang dah terkandas kat perak selama 8hari. air masa tu naik sangat laju kat pahang. sebab air dari kelantan turun ke pahang. (orang kata la,aku memang tak faham aku copy paste je apa orang cakap keh!)
risau gila masa tu nak balik sangat rasa tapi entahlah takleh balik so duduk rumah insyirah main masak-masak haaha memang anak dara sangattt uols.

memang enjoy tahap dewa betul la aku kat sana. lagho sangat. astaghfirullahalazim.. 
lepas tu bz nak balik call org tiket blablabla. kena pulak bayar tiket lagi skali sbab tiket sebelum tu kira burn. geram aku ngan orang utama ekspres tu. tapi malas nak panjang cite,kitorang pun bayar jela tiket baru.
tapi sebelum tu,sempat lagi pergi gunung lang,perak. tempat ni memang best untuk nak beriadah n bersantai dengan family lah wa cakap sama lu.
cantik sangat boleh naik bot rm3 jeeee. makan ikan rm2 1 plastik air 50sen tu, haha aku tak beli pun makanan ikan sebab nak save money. padahal rm2 je. kedekut. haruslah!
lagipun insyirah dah beli 2 plastik utk dia n aishah so aku tumpang jela sikit untuk nak bergambar konon-kononnya bagi makan ikan hahaha. 

tadaaa!

banyak gila kura-kura besar gergasi datang memang kenduri ah diorang time tu!



aku acah-acah. hajar candid :p











haha okbye! entry paling panjang yang bukan ada orang baca pun! kahkahkah. 










No comments:

Post a Comment