Friday, 27 February 2015

SOLAT

Assalamualaikum.

hi.

Jumaat. 27 februari 2015.
Dengan tak semenanya aku kena jadi fasi untuk kem bestari solat. subhanallah brothers and sisterssss.
actually aku yang bagi nama kat ustazah untuk jadi fasi tu sebab aku rasa macam best je daripada mereput kat rumah.

aku taktau yang maksud fasi kem bestari solat (kbs) ; kau kena jadi fasi untuk 9 orang pelajar and kau lah mentornya kau kena ajar diorang cara and bacaan dalam solat and kau kena betulkan bacaan and cara solat diorang! kau juga kena perkenalkan diri kat budak-budak tu dalam kumpulan kau. kau juga kena bagi nasihat yang padu untuk budak-budak tu. kau kena pastikan diorang lancar dalam melakukan ibadah solat diorang.

Ya Allah.. serious aku taktau, aku punya definisi fasi kbs masa tu camni ; kau kena handle program kbs  untuk budak form 2 and kau kena pantau and bagi handout je. KAH!
Gila aku nak kena buat semua yang the real definition of fasi kbs?! ilmu di dada pun baru 50% tak mampu nak curah kat orang lagi cewahs!


ni la muka fasi-fasi untuk kbs tadi dengan 2 orang ustazah (ustazah aznita and ustazah husna) yang pantau kitorang tadi. mihmihmih


ni la surau smkk ahmad. hahahaa dah dapat kluster mungkin akan direnovate? em mungkin ye...mungkin tak.. ah dulikkk aku bukan sekolah dah. kah!

ok sebenanrnya aku bukan nak cerita pasal kbs tadi tu hahahaa!
aku nak cakap pasal solat. saje sabitkan kbs tu. sebab macam ada kena mengena je. ><"
aku rasa solat ni tak ramai yang ambik port <tak ambik kesah,tak ambik peduli,tak hirau/buat dek/tak cara dll>

bagi aku,secantik,secerdik,sekaya,sebaik,seayu,sehensem,sekacak,sefamous,sevogue,seputih,segojes,sekatang,sekuat,seseseseeseseseseape-ape jela kalau kau tak solat kau hanya lah seorang hamba yang tak bersyukur. berani nya aku cakap camni?! yela. Allah kasi kau semua kelebihan tu tapi kau tak berterima kasih pun. Allah suruh kau solat 5 waktu je kot sehari. wait..5 ? L I M A. F I V E. sikitnya... bukan lama pun nak solat tu.

Aku pun dulu liat juga nak solat ni. memang bukan senang nak jaga yang senang sebab yang senang ni senang untuk tak dijaga. aku pernah masa kecik dulu masa zaman mumayyiz,ayah aku suruh aku solat. untuk mengelakkan daripada kena marah,aku pergi bilik air,aku basahkan bahagian wudhu' hanya sekadar basahkan untuk nampak yang aku berwudhu'. CHOI sangat! haha
pastu aku masuk bilik. aku duduk lama dalam bilik tu baring-baring,berangan jap. dah cukup 5 minit aku keluar dengan slambernya. sampai sekarang ayah aku taktau aku pernah buat gitu. lolololol.

tapi,bila dah besar ni aku tak la buat camtu dah. gila kau?! hahaha
korang pernah dengar quote ni tak?
Adam yang kuat ialah Adam yang mampu mengangkat takbir untuk melakukan solat berjemaah. 
MAMPU?!

aku selalu tengok orang asyik cakap pasal nak kahwin,nak tu nak ini. amboi sangat!
solat tak jaga ada hati nak jaga anak orang. jaga diri sendiri lah der.
nak itu nak ini tapi sombong dengan Allah. solat taknak,bila hajat yang diingini tak dapat mula mengeluh. sedih nak teruskan kehidupan. rasa kehadiran diri tidak disedari dan terpinggir. amboi berdrama sangat. nyampah.

bukan lelaki je. perempuan pun sama. aku faham benda yang wajib ni lah susah,tapi kalau kita tak cuba untuk buat camne kan?
takkan asyik nak solat time exam je? tu pun solat sebab sekolah buat solat hajat? erk? hello? boleh pulak macam tu kan

nak istiqamah memang sangat susah. sebab syurga itu mahal. apa-apa pun jaga solat dulu. insyaAllah semua benda terjaga sebab Allah dah kata solat dapat mencegah kemungkaran. tapi ada yang tanya,"aku solat tapi aku still buat kemungkaran. kau kata solat dapat cegah kemungkaran???"
erk??

ok. betul la soalan tu. aku pun pernah tertanya tanya camtu. aku pun tanya ustazah kenapa jadi camtu kan. ustazah cakap sebab solat kita tak sempurna, hm. so kita baiki lah apa yang patut.


satu lagi,bila rasa sedih,solatlah. mengadu lah kat Allah. percayalah,manusia takkan boleh hilangkan rasa sedih kita meskipun kau cerita bagai nak rak kat dia and dia kata dia faham kau,dia tetap takleh tolong kau hilangkan rasa sedih tu. rasa lega tu mungkin ada sebab kau dah cerita kat dia. tapi rasa sedih tu Allah je boleh hilangkan. Dia yang bagi kita sedih,Dia juga yang boleh hilangkan rasa sedih tu. <ok 30minit ustazah SS>


hidup kau akan aman kalau kau solat. percayalah. walau sebusy mana pun kau,janganlah tinggal solat. solatlah meskipun kau terpaksa. sebab tu bukan aku yang suruh. Allah yang suruh. aku pun cakap ni untuk diri sendiri.  selagi boleh solat,solatlah. selagi boleh solat di belakang imam,solat lah. selagi boleh solat berdiri,solatlah. selagi boleh solat duduk,solatlah. selagi boleh solat sambil baring,solatlah,selagi boleh solat ikut gerak/isyarat mata,solatlah. SOLAT!


sakit bukan alasan untuk tak solat. aku baca buku diagnosis,doktor anwar fazal kata UBAT SEGALA UBAT IALAH SOLAT. jadi apa alasan kau untuk tak solat? kalau sakit,ada rukhsah solat. Allah dah atur cantik,baik terbaik kau memang debooomm dah untuk kau solat. 

kau tahu siapa pendengar setia kau? Dia yang tak jemu menunggu kau mengadu kepadaNya. Sempat lagi nak bertaubat ni. solatlah. solatlah. jagalah solat. self reminder as well. 

ok selamat beramal! jaga solat,semua akan terjaga. InsyaAllah :)

thanks for reading. sebarang typo,amatlah dikesali sebab aku malas nak check semula. pemalas. yes. memang. hahaha.
mungkin teguran tu ada berbunyi agak kasar or memang kasar aku mintak maaf. itu just penerangan je..... hehehehe




No comments:

Post a Comment