Thursday, 27 August 2015

mahasiswi

Assalamualaikum. hi people!

its been a loooooongggggggg timeeeeeeee tak update blog.
university's life sangat pack. sebab apa?
sebab....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
semua benda kena buat sendiri and takde orang nak suap kau macam kat sekolah dulu. 
lambat,tinggal.
malas,gagal.
tak study,rugi.
tangguh kerja,tak cukup masa.
tak datang kelas,takde siapa kisah.
nak ponteng,silakan.
nak berjaya,usaha.
taknak usaha,gagal.
pokoknya, harus ditebang  SEMUA BERGANTUNG PADA DIRI SENDIRI.


aku bukan nak share tips masuk u tapi itu lah hakikatnya. aku rasa semua orang rasa benda yang sama.
minggu pertama masuk u, minggu orientasi sangat tak best (seriously!)
sebab aku tak suka orientasi macam hampeh tak best busuk buruk asdfgyuhio;lkiuytresdfuio;lkjhgfdghjkljftyujhgfdhyuiolkijhgytgrddfghjilo;liuytrdesbnm, benci
(pantas siswi pantas) tapi kau tak pantas kerja nak marah orang asdfghjk,jhgfsdfghjk,hgtfr tak suka

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


best ke jadi mahasiswi?
best ke?
em?
entah lah?

kadang kadang best. kadang tak best.

kenapa?

masuk u dan anda akan tahu.sekian.

ok habis,





Monday, 30 March 2015

life after spm

Assalamualaikum.

Hi.

Life after SPM or life after school. 

Harini aku rasa nak share pasal life aku lepas spm ni. serious best kehidupan lepas spm ni.
orang asyik cakap sekolah lagi best daripada duduk rumah mereput dalam bilik online 24/7. mak aiii 
bagi aku,lepas spm lah masa paling best dalam hidup sebab aku takyah nak kena study,buat homework,bertugas,kemas jadual,susun buku dll. HAHA

seriously,lepas spm juga aku dapat ramai gila kawan sebab aku join banyak program yang dianjurkan untuk spm leavers. 
time ni la nak buat kawan. masa spm tak dapat nk join apa-apa. so,lepas spm balas lah dendam itu dengan join segala program yang ada. hahaha.
bagi aku hidup time spm la hidup paling penat. and rata-rata orang pun akan cakap benda yang sama. pagi-petang ada class. sambung malam pulak extra class. 

memang penat gila la bakhang! tapi lepas spm kau boleh rileks tanpa fikir semua tu. hahaha
aku tak suka nak kena buat pembentangan semua tu sebab aku tak reti nak bercakap depan orang ramai lol. malu sehh
haa aku nak cakap kat budak budak yang suka make up,yang bestnya lepas spm ni kan kau boleh datang sekolah dengan memakai make up tau! kahkahkah
takde sape nak marah.
ok aku bukan jenis yang pakai make up pun ><



lepastu,lepas dah habis spm ni kau boleh merasa kawan kau drive kereta sendiri! kahkah betul ni serious!
banyak lagi lah kau boleh buat lepas spm ni. and takde la mereput sangat kalau pandai buat diri sendiri tak duduk mereput kahkah

kalau rindu classmates sendiri,buat la reunion. hahahahaha lol
macam kitorang semalam.

ok lepas ni semua buat haluan masing-masisng

k take care sahabats! :")















bye.


Thursday, 12 March 2015

dah tak debar :)

Assalamualaikum.

debaran 3/3/2015 dah habis!
felamaks kecut perut time tunggu kat dewan nak menanti keputusan diumumkan tu Allah je tau wei
time tu lah aku boleh tengok muka kecut perut sensorang! kahkahkah ok dah

Ada yang dah tau result awal-awal lagi sebelum cikgu announce kat dewan. 
dan aku seperti biasa,macam tahun-tahun sebelumnya,(upsr,pmr) sampai spm tak pernah hantar sms yang nak tau result awal tu. sebab aku penakut. hahahah
ye lah weh takit gila dapat tau result awal. takut down.

pastu tetiba ada drama plak. nama aku takde dalam senarai time nak announce result tu!
aku dah standby nak bangun gi depan dah. kahkahkah.
tetiba..... nama aku takde.
[astu kecoh jap. pastu ada. k -.-
takpe asalkan gred tak jejas keh!

Alhamdulillah,thanks Allah sebab bagi aku result macam ni, aku tau Dia tau apa yang terbaik untuk aku. 
Aku tak straight As pun.lulz. tapi takpe aku tau Dia yang terbaik. 
Thanks to my beloved parents,mama and abah sebab hantar aku kesana kesini pergi kelas tambahan time spm tu.


thanks cikgu-cikgu dah ajar saya hehe. 
tak lupa juga kepada kawan kawan yang support aku time aku rasa macam ergh malas nya nak belajar. spm ni serabut nya. penatnya. haaa ambekaw

TAHNIAH juga kepada sahabat-sahabat gue yang dapat result cantik terbaik gedevasss gittew 
semua usaha korang paid-off weh!
Tahniah juga kepada IMAN NABILAH sebab dapat straight As weh! cerdiknya felamaks!
juga kepada semua lah. kalau aku nk type nama sensorang haih takleh. sebab aku malas nak type hahahaahaha. takpe kan ku kenangmu dalam doaku. cewahs

Tahniah juga kepada MAISARAH ALIAH BINTI MARIN 




 pelajar terbaik sekolah. wuwuwuwuwuwu
ni boleh jadi appreciation entry dak? hehe ><
thanks for everything. tahniah tahniah tahniah. hadiah kau nanti lah yek. haha

ok aku lambat post entry ni sebab aku busy meng-apply semua benda. 
kahkahkah.

bye.

thanks for reading

Saturday, 28 February 2015

DEBARAN 3/3/2015

Assalamualaikum.

Hi.


TAKUT GILA NAK AMBIL RESULTTTTTTT!!!

Doa jela yang mampu untuk saat-saat getir camni. janganlah ada diamtara kami yang berdukacita terhadap result spm kami
May Allah ease everything. kita dah usaha. hanya mampu tawakkal :')
"SPM bukan segala-gaanya tapi segala-galanya bermula dengan SPM" 
aku sampai sekarang mempersoalkan quote tadi sebab aku rasa macam kadang-kadang betul,kadang-kadang tak betul T_T

whatever it is,bersyukur sebab mungkin itu yang terbaik untuk kita.
kadang-kadang yang kita rasa yang terbaik untuk kita tu mungkin akan memudaratkan kita dan yang kita rasa bukan terbaik untuk kita adalah yang terbaik untuk kita. :')

 JUMPA SELASA NI!









































DOAKAN KAMI :')





Friday, 27 February 2015

SOLAT

Assalamualaikum.

hi.

Jumaat. 27 februari 2015.
Dengan tak semenanya aku kena jadi fasi untuk kem bestari solat. subhanallah brothers and sisterssss.
actually aku yang bagi nama kat ustazah untuk jadi fasi tu sebab aku rasa macam best je daripada mereput kat rumah.

aku taktau yang maksud fasi kem bestari solat (kbs) ; kau kena jadi fasi untuk 9 orang pelajar and kau lah mentornya kau kena ajar diorang cara and bacaan dalam solat and kau kena betulkan bacaan and cara solat diorang! kau juga kena perkenalkan diri kat budak-budak tu dalam kumpulan kau. kau juga kena bagi nasihat yang padu untuk budak-budak tu. kau kena pastikan diorang lancar dalam melakukan ibadah solat diorang.

Ya Allah.. serious aku taktau, aku punya definisi fasi kbs masa tu camni ; kau kena handle program kbs  untuk budak form 2 and kau kena pantau and bagi handout je. KAH!
Gila aku nak kena buat semua yang the real definition of fasi kbs?! ilmu di dada pun baru 50% tak mampu nak curah kat orang lagi cewahs!


ni la muka fasi-fasi untuk kbs tadi dengan 2 orang ustazah (ustazah aznita and ustazah husna) yang pantau kitorang tadi. mihmihmih


ni la surau smkk ahmad. hahahaa dah dapat kluster mungkin akan direnovate? em mungkin ye...mungkin tak.. ah dulikkk aku bukan sekolah dah. kah!

ok sebenanrnya aku bukan nak cerita pasal kbs tadi tu hahahaa!
aku nak cakap pasal solat. saje sabitkan kbs tu. sebab macam ada kena mengena je. ><"
aku rasa solat ni tak ramai yang ambik port <tak ambik kesah,tak ambik peduli,tak hirau/buat dek/tak cara dll>

bagi aku,secantik,secerdik,sekaya,sebaik,seayu,sehensem,sekacak,sefamous,sevogue,seputih,segojes,sekatang,sekuat,seseseseeseseseseape-ape jela kalau kau tak solat kau hanya lah seorang hamba yang tak bersyukur. berani nya aku cakap camni?! yela. Allah kasi kau semua kelebihan tu tapi kau tak berterima kasih pun. Allah suruh kau solat 5 waktu je kot sehari. wait..5 ? L I M A. F I V E. sikitnya... bukan lama pun nak solat tu.

Aku pun dulu liat juga nak solat ni. memang bukan senang nak jaga yang senang sebab yang senang ni senang untuk tak dijaga. aku pernah masa kecik dulu masa zaman mumayyiz,ayah aku suruh aku solat. untuk mengelakkan daripada kena marah,aku pergi bilik air,aku basahkan bahagian wudhu' hanya sekadar basahkan untuk nampak yang aku berwudhu'. CHOI sangat! haha
pastu aku masuk bilik. aku duduk lama dalam bilik tu baring-baring,berangan jap. dah cukup 5 minit aku keluar dengan slambernya. sampai sekarang ayah aku taktau aku pernah buat gitu. lolololol.

tapi,bila dah besar ni aku tak la buat camtu dah. gila kau?! hahaha
korang pernah dengar quote ni tak?
Adam yang kuat ialah Adam yang mampu mengangkat takbir untuk melakukan solat berjemaah. 
MAMPU?!

aku selalu tengok orang asyik cakap pasal nak kahwin,nak tu nak ini. amboi sangat!
solat tak jaga ada hati nak jaga anak orang. jaga diri sendiri lah der.
nak itu nak ini tapi sombong dengan Allah. solat taknak,bila hajat yang diingini tak dapat mula mengeluh. sedih nak teruskan kehidupan. rasa kehadiran diri tidak disedari dan terpinggir. amboi berdrama sangat. nyampah.

bukan lelaki je. perempuan pun sama. aku faham benda yang wajib ni lah susah,tapi kalau kita tak cuba untuk buat camne kan?
takkan asyik nak solat time exam je? tu pun solat sebab sekolah buat solat hajat? erk? hello? boleh pulak macam tu kan

nak istiqamah memang sangat susah. sebab syurga itu mahal. apa-apa pun jaga solat dulu. insyaAllah semua benda terjaga sebab Allah dah kata solat dapat mencegah kemungkaran. tapi ada yang tanya,"aku solat tapi aku still buat kemungkaran. kau kata solat dapat cegah kemungkaran???"
erk??

ok. betul la soalan tu. aku pun pernah tertanya tanya camtu. aku pun tanya ustazah kenapa jadi camtu kan. ustazah cakap sebab solat kita tak sempurna, hm. so kita baiki lah apa yang patut.


satu lagi,bila rasa sedih,solatlah. mengadu lah kat Allah. percayalah,manusia takkan boleh hilangkan rasa sedih kita meskipun kau cerita bagai nak rak kat dia and dia kata dia faham kau,dia tetap takleh tolong kau hilangkan rasa sedih tu. rasa lega tu mungkin ada sebab kau dah cerita kat dia. tapi rasa sedih tu Allah je boleh hilangkan. Dia yang bagi kita sedih,Dia juga yang boleh hilangkan rasa sedih tu. <ok 30minit ustazah SS>


hidup kau akan aman kalau kau solat. percayalah. walau sebusy mana pun kau,janganlah tinggal solat. solatlah meskipun kau terpaksa. sebab tu bukan aku yang suruh. Allah yang suruh. aku pun cakap ni untuk diri sendiri.  selagi boleh solat,solatlah. selagi boleh solat di belakang imam,solat lah. selagi boleh solat berdiri,solatlah. selagi boleh solat duduk,solatlah. selagi boleh solat sambil baring,solatlah,selagi boleh solat ikut gerak/isyarat mata,solatlah. SOLAT!


sakit bukan alasan untuk tak solat. aku baca buku diagnosis,doktor anwar fazal kata UBAT SEGALA UBAT IALAH SOLAT. jadi apa alasan kau untuk tak solat? kalau sakit,ada rukhsah solat. Allah dah atur cantik,baik terbaik kau memang debooomm dah untuk kau solat. 

kau tahu siapa pendengar setia kau? Dia yang tak jemu menunggu kau mengadu kepadaNya. Sempat lagi nak bertaubat ni. solatlah. solatlah. jagalah solat. self reminder as well. 

ok selamat beramal! jaga solat,semua akan terjaga. InsyaAllah :)

thanks for reading. sebarang typo,amatlah dikesali sebab aku malas nak check semula. pemalas. yes. memang. hahaha.
mungkin teguran tu ada berbunyi agak kasar or memang kasar aku mintak maaf. itu just penerangan je..... hehehehe




Thursday, 26 February 2015

Kem Pengawas 2014

Assalamualaikum.

Hi.


Saja aku nak throwback cerita zaman sekolah dulu. Ye la,sejak duduk rumah lepas spm memang agak mereput la bagi sesetengah orang tu. Walaupun aku kerja sambilan kat kafa depan rumah tu,tetap mereput gak lol.


Tahun lepas,aku pergi kem kepimpinan pengawas untuk sekolah aku lah (Sekolah Kluster Kecemerlangan Ahmad,Pekan) felamaks! Baru dapat kluster semalam. Haahahah lolololol. Memang la nasib aku daripada dulu lagi bila aku keluar daripada sk seri biram,lepas tu baru dapat sekolah berprestasi tinggi. Pastu aku keluar daripada smk ahmad,baru dapat kluster. Mungkin batch kitorang penyumbang utama untuk sekolah kottttt kahkahkahkah!


Ok sambung semula pasal kem. Aku gi kem tak jauh sangat pun. Cameron Highlands je. Tapi still aku rasa excited gila sebab berkhemah dalam hutan. Gila tak excited mana pernah gua tidur dalam hutan. Tapi serius best gila la kem tu. Aku tak rasa macam kem sangat sebab aku rasa macam pergi bercuti dan bersiar siar bersama badan pengawas lulz sangat kan


Macam biasa,otw nak pergi CH tu naik bas. Memang sepanjang jalan aku tidur haha kesian gak maisarah yang duduk sebelah selaku partner sehidup semati ku gitteewwww. Kerja aku memang tidur kalau naik bas SMK Ahmad tu. Aku pun tak faham sebab apa kalau naik bas tu memang rasa lena semacam weh! Hahaaah actually,kat mana-mana je aku lena kihs!


Sampai je kat CH,kitorang settiing up tents pastu tunggu budak laki pergi solat jumaat. Sambil tu budak perempuan main air sungai yang bapak gila syok dan best dan sangat bersih dan sangat jernih memang sejuk tahap air kat water cooler tu felamaks! Time ni aku jakun la sebab aku tak pernah mandi sungai,tapi time tu takleh mandi lagi sebab kena buat aktiviti dulu. So,untuk spesis jakun cam aku ni,haha aku punya la tak sabar nak main sungai,aku makan laju-laju. Lepas dah habis makan,aku jalan2 dalam air tu hahahaha. Sejuk je rasa. Sonok sangattttttt


Lepas budak laki dah habis solat jumaat kitorang buat la aktiviti yang sepatutnya. Aku dapat group yang err entahlah kenapa aku tak redha time tu! Kahkahkah tapi aku akur jela sebab dah ditetapkan. Yela,kita mestilah sentiasa bersedia untuk tidak bersedia. Ada kena mengena ke? Hahaha angguk jela labuuuu

ni gambar dengan senior and junior hahaha best gila!











malam tu hujan lebat gila. sangat lebat sampai khemah banjir and aku watlek watpis je tidur dlu selagi air tak masuk betul-betul hahaha. kawan-kawan aku yang lain semua dah gelabah pergi masuk bas tidur dalam bas dan aku masih di dalam mimpi yang tak nyata.
tapi lepastu aku bangun la bawak beg semua pergi naik bas pastu tidur zzzzz
esoknya felamaks! baju basah. semua pakaian basah. beg basah. tudung basah. hahaa nasib baik beg aku yang part bawah sekali tu tak kena air so ada lagi baju yang tak basah. alhamdulillah..
sepatutnya kitorang ada aktiviti apa tah tapi cancel sebab semuaorang kena jemur baju hahahaha
sebelum kejadian hujan malam tu kitorang syok pergi pasar malam beli makanan. aku beli strawberry chocolate pastu beli kue teow (aku reti eja) makan kat kfc. hahaa sebab kawan aku nak sangat makan kfc so aku ikut jela tapi makan makanan luar secara harom la dalam kfc tu.











ok yang sebelah kiri tu maisarah aliah haha bestie dunia akhirat aku. cewahhhh!! mihmihmih

belakang tu senior aku,kak nusrah. memang brutal tapi baik hati.erks hahaha


kiri yang pakai spek tu afiqah. girlfriend since darjah 6 huhu


ok esoknya pergi jumpa kawan kawan aku yang kat CH. kitorang kenal masa pergi kem nadwah kepimpinan peringkat negeri. huhu. 





lepastu buat aktiviti blablabla. banyak sangat gambar.
aku terus cite yang nak balik lah. lol ahahaha sebab pergi ladang teh sebelum balik tu. kan aku kata dah tak gaya kem pun gaya pergi bersiar siar makan angin hahaa


ni semua fivers! yayerz






ni semua juniors aku haha semua form 3 aku je form 5 tapi gaya form 3 je. eh?! hagagaaga





hehe itu sahaja. bye :)


Wednesday, 25 February 2015

Perak 2014

Assalamualaikum.

Hi.

Lama gila aku tak update blog since lepas SPM2014.
bukan apa,internet baru ada. haha. dulu guna P1WMAX lembab gila
pastu potong line p1 guna lain lah pulak. (tu pun nak bagitau)

dah 2015 tapi aku takleh move on lagi dengan kehidupan 2014. hahaha.
yela. aku nak cerita pasal aku ngan beberapa orang kawan aku (aishah and hajar) gi perak ngan insyirah by bus dan aku rasa ni memang kerja gila. gila sangats!

Bulan 12,2014. Insyirah call aku tanya macam mana nak gi tak rumah dia.
lagipun daripada aku form 4 kot dia ajak. dah lah masa form4 tu insyirah dah datang pekan naik bas
pastu tiket bas untuk ke perak pun dah beli and tiket bas tu jugak insyirah beli untuk aku ngan aishah kononnya nak bawa gi perak la. kononnya..

tetiba mak aku tak bagi. mak aku kata bahaya blablabla. puas aku buat drama swasta tapi tak dilayan. yelakan memang bahaya. dah lah baru 16tahun nak pergi perak naik bas. (Engko ingat ko kecik besar sangat dah?! lol)
Pastu aku cancel last minute tau sbb mak aku tak bagi. gila bersalah rasa. tapi nak buat camne kalau aku pergi jugak time tu memang tak tenang hidup aku sebab takde keredhaan mak aku kan cewah!

disebabkan aku cancel pergi perak tu so aishah pun cancel gak la. takkan dia nak balik pekan nanti sensorang plak dalam bas kan. secara automatiknya tiket kitorang burn. felamaks! 1 tiket rm44.90. mahal tu! boleh beli macam-macam.
so aku kena la ganti duit tiket tu. membazir je. er memalukan betul!
ok tamat cerita form 4. lepas tu aku janji lepas spm aku gi perak sebab mak aku bagi green light!

lepas je spm insyirah call aku. sambung cerita tadi. haahaha.
dia tanya aku and aku on je. aku kata boleh je nak gi perak. tapi bulan 12 la sebab aku habis spm 25/11/2014 bagi aku enjoy duduk rumah jap. kehkehkeh
awal bulan 12 tu insyirah and family dia pergi melencong  melancong ke vietnam and thailand. (uyoooooo untungla kan)
so,aku dah deal ngan dia. lepas dia balik daripada bercuti tu nanti dia datang pekan naik bas ambik kitorang (aku,hajar and aishah) kiranya nanti pergi perak naik bas berempat la. gituuuu. rasa macam orang dah besar je. walhal masih kategori warga emas dewasa remaja kanak-kanak. Eh?!

Masa insyirah datang tu musim salji panas bunga luruh  tengkujuh baru nak start tau. aku pun sebenarnya risau gak. jalan licin,banjir plak nanti blablabla. masa tu asyik hujan je. aku risau insyirah nak datang sini sensorang naik bas dah lah hujan. bahaya sangat ni!
Insyirah call aku yang dia dah beli tiket untuk dia and aku,hajar,aishah pergi perak nanti. aku sebenarnya tergamam. rasa macam alamak awalnya beli,musim hujan ni. tapi aku cakap dalam hati jeleeee hohoho.

Nak dijadikan cerita,insyirah pun datang la pekan naik bas. ayah aishah ambik dia kat terminal sentral kuantan pastu bawak insyirah balik rumah aishah. so sepanjang kat pekan memang insyirah duduk kat rumah aishah lah. Diorang pun pergi reunion Sk Ahmad batch diorang tapi insyirah ajak aku skali. felamaks! memang tak la aku nak pergi buat muka tembok duduk situ dengar diorang borak and aku krik krik krik... tettt Aku tak gi. hahahaha sebab aku Sk Seri Biram :) hihihi

balik semula cerita nak pergi perak tu. Tiba la hari nak pergi tu,mak aku asyik risaukan kitorang nak pergi yela dah hujan lebat beberapa hari. yang magicnya,(kahkahkah) time aku nak pergi tu tak hujan. lulz. memang pagiku cerahku matahari bersinar ku gendong tas merahku di pundakkkkk. tettttt ngarut.
tapi memang cerah ah hari tu. fyi,masa aku pergi tu sebenarnya beberapa hari sebelum tu jalan pekan-kuantan tak boleh lalu sebab banjir. kat kipsas pun air dah melimpah atas jalan. so nak jalan mana? jalan ikut jalan pantai sepat ah kan! gigih gila nk prgi perak punya pasal.

pagi tu pukul 7am aku n hajar pergi rumah aishah sbeab kitorang pergi satu kereta je senang. ayah aishah hantar kat terminal. tiket bas kul 9 pagi kena bertolak awal takut jalan takleh lalu. pada hari aku nak gi tu,mak aku memang risau gila gila ah. aku pun serba salah gak la tapi aku buat gentle je. (acah-acah) gila cuak aku fikir kalau apa-apa jadi blablabla. choiii. ahhh sambung semula.


ni lah jalan pekan-kuantan masa hari sebelum kitorang pergi perak tu. takleh lalu. jalan jammed!


ktorang pun bertolak dari rumah aishah pukul 7.30 pagi. guess what?! jalan semua boleh lalu and air takde atas jalan pun. felamaks! aku teruja gak.
pastu ayah aishah bawak pergi makan kat restoran zaman kat kuantan. aku habiskan sebungkus nasi lemak weh. kahkahkah!

lepas makan,kitorang gerak ke terminal and masa otw nak ke terminal tu kan lalu kat indera mahkota so aku boleh tengok air-air banjir kat tepi jalan rumah orang tu memang ada tapi dah surut dah. Alhamdulillah :)

sampai je kat terminal,kitorang buat biasa je tunggu bas and naik bas semua ok. Dalam bas pun ok je sebab aku duduk ngan hajar so kerja kitorang tidur je ^^ tapi memang kematu la duduk dalam bas lama gila daripada pukul 9am-5.30pm. lama gila!!! hahaa padan muka nak pergi sangat kan!

ok,dah sampai perak ayah insyirah ambik bawak balik rumah dia. 5 minit je teminal perak tu ngan rumah insyirah sebab rumah insyirah kat meru hills,ipoh. omputeh sangat nama taman tu!(haha aku jakun gak time ni >< ) sampai je rumah insyirah felamaks terkezut aku tengok besar gila bapak! tapi aku buat biasa jela tahan jakun tu hahahahaa!

bermula lah hari hari ku di perak. hari first kitorang tak gi mana mana rehat jela selepas dah kematu dalam bas tu haha. esoknya pergi mall tengok wayang pakai dress weh! aku,aishah,hajar,insyirah buat kerja gila pakai dress pergi tengok wayang memang dah macam nak gi dinner kahkahkah! tapi peduli apa masa bila lagi nak rasa buat kerja gila yedok? hahah.
dah macam mak datin sorang-sorang jalan. eii memang takleh bla! haahah


ni haa kitorang masa tu pakai dress hahaha saje aku crop muka sebab lawak sangat. dah lah semua pakai dress,nak pergi tengok movie je pastu mirror selfie kat rumah insyirah pakai tab insyirah yang besar tu. mampu kau nak buat camtu haahahah

lepas tu esoknya kitorang pergi lost world of tambun! syok gila sebab memang tujuan aku kalau gi perak nak gi tambun. hahaa. berie aku n hajar nak gi lost world tambun tapi insyirah n aishah macam lek je macam nak taknak je tapi terpaksa akur dengan kehendak dua orang kanak-kanak iaitu aku n hajar yang nk gi tambun tu! weheeeee.
siap search pasal ramalan cuaca pada hari tersebut sebab nak bermandi manda haha pastu survey harga tiket. lepastu terus pergi tambun. (kitorang tak mandi pun pagi tu. gosok gigi,cuci muka,makan) kahkahkah!



ni gambar masa mula-mula sampai. sengaja aku edit muka aku biar anonymous sikit. hiks! tu aku and insyirah.

kononnya taknak buat bintang nampak cam old school sangat and very the last year gitu kan. so buat penumbuk gabungkan! ingat stylo la sangat kahkahkah wkwkwk

posing jap. hihi.


dinding ni lawa so aku posing jap acah-acah je ni sebab segan gila depan ni ramai orang tunggu turn nak berposing jugak! kacau line betulllll. haa kepada semua igers,boleh gi sini tangkap gambar smart-smart hauhiho

masa nak balik tu aku bergambar jap sorang depan entrance tu heheheks.

ada kisah sedih and sakit hati kat lwot ni. haish. tube hilang. hajar and insyirah sesat dua orang aku and aishah pulak berdua mencari mereka sambil main slide yang nak tercabut jantung pastu nasib malang menimpa kitorang memang banyak ah time ni!
dah lah aku kena marah dengan abang yang jaga slide tu haahah lantak kau lah kita dah tak jumpa pasni sebab aku balik pahang dah kahkahkah!

kitorang main dekat lwot tu daripada lepas zohor hingga maghrib. gila tak gila memang rentung aku duduk situ. tapi takpe hajat dihati sudah dipenuhi apedehal. :)

esoknya,sambung shopping kat mydin ipoh yang besar gedabak. lagi besar daripada mydin terengganu aku rasa. tapi taktau la mana lagi besar.
ceh shopping kat mydin hahah macam klakor je bunyi kan. tapi mydin tu tak lah gaya mydin sangat yang pasti lagi maju daripada kuantan parade. kehkehkeh. pergi dah petang. balik malam. sebelum tu main fun fair jap hahaha pastu pening kepala naik benda pusing-pusing tu macam orang mabuk phew tak sanggup aku nak naik benda pusing-pusing dah pasni. tobattttt



sebelum pergi mydin kitorang layan movie 3D kat rumah insyirah. macam entah apa-apa kan hahaha lantak lah jahhhh kuikuikui 


ni kat fun fair tu. sekali lagi takde aishah dalam gambar sebab dia asyik kena tangkap gambar orang. huahuahua

pastu...........dah insaf. takank gi shopping dah. nak duduk rumah je, dah lah nak balik pahang pun dah tak lepas so kitorang dah terkandas kat perak selama 8hari. air masa tu naik sangat laju kat pahang. sebab air dari kelantan turun ke pahang. (orang kata la,aku memang tak faham aku copy paste je apa orang cakap keh!)
risau gila masa tu nak balik sangat rasa tapi entahlah takleh balik so duduk rumah insyirah main masak-masak haaha memang anak dara sangattt uols.

memang enjoy tahap dewa betul la aku kat sana. lagho sangat. astaghfirullahalazim.. 
lepas tu bz nak balik call org tiket blablabla. kena pulak bayar tiket lagi skali sbab tiket sebelum tu kira burn. geram aku ngan orang utama ekspres tu. tapi malas nak panjang cite,kitorang pun bayar jela tiket baru.
tapi sebelum tu,sempat lagi pergi gunung lang,perak. tempat ni memang best untuk nak beriadah n bersantai dengan family lah wa cakap sama lu.
cantik sangat boleh naik bot rm3 jeeee. makan ikan rm2 1 plastik air 50sen tu, haha aku tak beli pun makanan ikan sebab nak save money. padahal rm2 je. kedekut. haruslah!
lagipun insyirah dah beli 2 plastik utk dia n aishah so aku tumpang jela sikit untuk nak bergambar konon-kononnya bagi makan ikan hahaha. 

tadaaa!

banyak gila kura-kura besar gergasi datang memang kenduri ah diorang time tu!



aku acah-acah. hajar candid :p











haha okbye! entry paling panjang yang bukan ada orang baca pun! kahkahkah.